Kami ingin lihat data bahasa Melayu dicapai dengan mudah supaya menggalakkan penyelidikan, pendidikan dan penggunaannya!
- Memudahkan capaian data bahasa Melayu bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, dan penggunaannya dalam pelbagai laras komunikasi.
- Mencatat kosa kata bahasa Melayu berserta keterangan dan contoh penggunaan yang bermakna bagi setiap satunya.
- Memperkaya khazanah bahasa Melayu dengan menyimpan dokumen-dokumen serta manuskrip-manuskrip.
- Menyediakan pelbagai kaedah capaian kepada data yang dimiliki seiring dengan keperluan zaman; seperti:
- melalui laman web bagi capaian dalam talian,
- melalui bahan bercetak bagi capaian luar talian, dan
- melalui pengantara beraturcara sesama aplikasi (API) bagi capaian beraturcara.